VATICAN CITY - Pemergian pemimpin spiritual Gereja Roman Katolik, Paus Francis pada Isnin memulakan tradisi untuk melantik pengganti beliau dalam tempoh 15 hingga 20 hari akan datang.
Pemilihan Paus baharu akan dibuat secara tertutup dan diputuskan oleh Pemilih Kardinal Gereja Katolik terdiri daripada 135 kardinal yang berusia di bawah 80 tahun dijadualkan pada awal Mei depan.