SPRM tunggu laporan forensik 10 video dakwaan rasuah ADUN Sabah

Iklan
Azam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu laporan forensik melibatkan 10 rakaman video berkaitan dakwaan rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap kes berkenaan masih berjalan dan belum dimuktamadkan.

Iklan
Iklan

"Saya jangkakan laporan tersebut akan siap dalam masa terdekat kerana pihak forensik sedang menjalankan penelitian secara terperinci terhadap kesemua 10 rakaman audio itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre (WTC) di sini, pada Selasa.

Iklan

Menurut Azam, pihaknya memohon semua pihak untuk bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, 10 April lalu, Azam memaklumkan 10 sepuluh video yang dikemukakan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sedang dianalisis.

Iklan

Beliau berkata, penelitian yang rapi perlu dilakukan sebagaimana lapan video yang disiarkan oleh sebuah portal sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan terhadap lapan ADUN terbabit dan seorang individu tetap diteruskan walaupun kesahihan video tersebut masih belum disahkan.