23 pengundi di IPD Tapah selesai buang undi awal
Iklan
Ramlan ketika sidang media di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Tapah pada Selasa.
BIDOR - [DIKEMAS KINI] Seramai 23 pengundi di Pusat Mengundi Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pusat pengundian awal di IPD Tapah tetap ditutup secara rasmi jam 12 tengah hari.
Iklan
Iklan
Selain itu, menurutnya, setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi bagi undi awal PRK DUN Ayer Kuning adalah sebanyak 22.8 peratus.
"Berdasarkan data terbaharu, seramai 500 pengundi berdaftar mengundi awal iaitu 24 di IPD Tapah (seorang meninggal dunia) manakala 476 (seorang meninggal dunia) di Batalion 3 PGA. Kita juga menjangkakan proses ini selesai jam 10 pagi.
Iklan
"Sepanjang proses PRK, SPR menerima 27 laporan pelbagai kesalahan pilihan raya, empat daripadanya laporan polis, tetapi saya dimaklumkan ia hanya kes-kes kecil, tak serius dan semuanya sudah diambil tindakan.
"Kita menjangkakan semua akan keluar mengundi awal atau mungkin lebih 90 peratus. Kalau untuk hari pengundian pada 26 April, SPR jangka lebih 70 peratus,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA, di sini pada Selasa.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, pengundi membabitkan pegawai, anggota polis serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena PRK DUN Ayer Kuning.
Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal) PRK N48 DUN terbabit, Mohammad Shahir Mohammad memaklumkan, proses pengundian melibatkan tiga saluran dengan dua pusat mengundi dibuka.
Sementara itu, Ramlan turut mengingatkan pengundi untuk keluar awal bagi membuang undi memandangkan cuaca di sekitar DUN Ayer Kuning tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Tambah beliau, pihaknya berharap semua pihak tidak kira pengundi, calon, jentera parti dan petugas dapat memainkan peranan sebaik mungkin.
"Keluar awal tunai tanggungjawab masing-masing agar proses pengundian berjalan lancar, tertib dan tenteram.
"Kita cuba elakkan sebarang provokasi (sepanjang pilihan raya),” ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789441/berita/politik/bn-lebih-mudah-jelas-kerjasama-dengan-pn-berbanding-ph---tok-mat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-26T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ctdbE1gPPXlomgM4e/x1080"><meta itemprop="duration" content="P74S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xas92ku"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xas92ku"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xas92ku"></script>