Sultan Kelantan zahir rasa sukacita hubungan baik kerajaan negeri dan Persekutuan
Iklan
Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada Isnin.
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa sukacita hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam konteks federalisme.
Baginda bertitah antara yang menjadi keutamaan adalah pembangunan infrastruktur melibatkan pelaksanaan projek-projek penting yang telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dan RMK-12.
Iklan
Iklan
"Kerjasama dalam mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil pertanian dan pelaksanaan projek-projek konservasi biodiversiti di negeri Kelantan," baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Isnin.
Turut mencemar duli, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Iklan
Dalam titah tersebut Sultan Muhammad V berharap kerajaan negeri menyediakan senarai permohonan bagi 'rolling plan' pertama RMK-13.
Baginda bertitah fokus dan hala tuju yang dirancangkan adalah ke arah pembangunan yang lebih inklusif, mampan dan memacu pembangunan ekonomi serta meningkatkan daya saing negeri di peringkat nasional serta antarabangsa.
Iklan
"Antara fokus utama yang perlu diberi keutamaan ialah pembangunan sektor pembuatan bagi menarik pelaburan ke Kelantan, meningkatkan infrastruktur bekalan air bersih dan jaringan jalan raya; penumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan pelancongan di samping memperkasa sektor-sektor lain," titah baginda.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>