Calon PN sedia isytihar harta selepas jadi ADUN Ayer Kuning - Idris
Iklan
Idris (tengah) ketika sidang media harian di pusat media PN di Bidor pada Isnin.
BIDOR - Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek bersedia menyahut cabaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk mengisytiharkan harta sebaik memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dan memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, keperluan berbuat demikian tidak terlalu penting buat masa ini memandangkan Abd Muhaimin belum pernah memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Iklan
Iklan
"Dahulu masa jadi kerajaan pun kami ada isytihar harta, saya sebagai menteri pun sama. Sewaktu jadi kerajaan kena isytihar sebab ada kepentingan.
"Bukan kerana kami takut tapi kalau dah jadi kerajaan atau calon PN sah dipilih jadi ADUN pada 26 April nanti, pengisytiharan harta akan dibuat sebaik beliau pegang jawatan itu.
Iklan
"Mungkin menjelang pilihan raya akan datang beliau boleh isytihar harta sekali lagi untuk menunjukkan berapa banyak aset dimilikinya dari tempoh mula pegang jawatan hingga bertanding lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media harian di pusat media PN di sini pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, calon PSM iaitu Bawani KS menjadi individu pertama membuat pengisytiharan aset secara terbuka demi mendapatkan kepercayaan dan undi penduduk Ayer Kuning.
Bawani menjelaskan, tujuan PSM berbuat demikian bagi membolehkan rakyat menilai sama ada calon yang bertanding merebut kerusi di DUN Ayer Kuning benar-benar bersih, bebas rasuah dan jumlah aset wakil rakyat meningkat secara signifikan atau sebaliknya.
Peguam rakyat itu turut mencabar calon PN dan Barisan Nasional (BN) untuk mengisytiharkan harta menjelang kempen PRK yang berbaki lima hari lagi.
Dalam perkembangan lain, Idris yang juga ahli Parlimen Bagan Serai memaklumkan, pihaknya bakal membentangkan tawaran buat penduduk Ayer Kuning secara langsung di TikTok PN pada malam ini.
Tambahnya, Abd Muhaimin dijadualkan mengadakan sidang media khas pada Selasa bagi menjawab persoalan berhubung tawaran parti berkenaan.
"Insya-ALLAH pada malam ini, PN adakan siaran langsung di TikTok untuk membentangkan tawaran. Kita tak sebut manifesto, kita sebut tawaran.
"Esok (Selasa) pula calon akan adakan sidang media khas di Pusat Media PN pada jam 10.30 pagi,” ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>