Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
Iklan
Beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam, awal pagi tadi.
BUKIT MERTAJAM - Beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam, awal pagi tadi.
Antara lokasi yang dinaiki air ialah Taman Guar Perahu, Kampung Pelet, Penanti, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pasir dan Kubang Semang.
Iklan
Iklan
Selain itu, Kampung Telok berhampiran Kawasan Perindustrian Sungai Lokan dan Taman Desa Murni dekat Sungai Dua, Merbau Kudung, Pajak Song dan sekitar Butterworth turut terjejas.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Permatang Pasir, di sini pada 7 pagi yang menempatkan sebanyak 42 mangsa daripada 13 keluarga.
Iklan
APM menerima maklumat awal berlaku banjir kilat dan beberapa kawasan di Kubang Semang dinaiki air pada 2 pagi selepas hujan lebat kira-kira 1 pagi tadi.
"Tindakan awal dibuat dengan memindahkan mangsa yang terlibat ke Masjid Kubang Semang sebelum mereka dipindahkan ke PPS sebaik ia dibuka pada 7 pagi ini,” kata jurucakap itu dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Hujan telah berhenti pada 3 pagi dan air mulai surut serta tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan mangsa dilaporkan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>