ROM - Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, dengan hampir dua juta penduduk - kebanyakannya pelarian - kini hidup tanpa sebarang sumber pendapatan dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan bagi memenuhi keperluan makanan asas.
WFP menyuarakan kebimbangan terhadap bahaya yang semakin meningkat kepada ratusan ribu penduduk Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).