BINTULU - Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan manakala dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Medan Ginseng, Jalan Sibiyu di sini, awal pagi Ahad.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Yew Hing Kuong, 65, telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Nyabau untuk rawatan lanjut.