BeBAs: 22 notis kesalahan dikeluarkan bawah Akta 852
Iklan
Lukanisman
IPOH - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan sebanyak 22 notis kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) setelah Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) dilaksanakan sejak Februari tahun lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pengeluaran notis di bawah akta berkenaan secara keseluruhannya berkurangan sebanyak 88.8 peratus.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, sebelum BeBAs dilaksanakan, sebanyak 197 notis kesalahan di bawah Akta 852 dikeluarkan dengan Kota Bharu di Kelantan dan Jalan Alor di Kuala Lumpur menjadi lokaliti tertinggi menerimanya.
"Penguatkuasaan akta ini dilaksanakan secara berperingkat bertujuan memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan kepatuhan kepada semua peruntukan terutama peruntukan baharu yang telah ditetapkan di bawah akta ini," katanya pada sidang akhbar selepas Program Tinjauan Mesra BeBAs Peringkat Negeri Perak di Meru Raya hari ini.
Iklan
Lukanisman juga berkata, sebanyak 13,307 premis makanan telah mendapat pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS) hingga Disember 2024 di seluruh negara.
Beliau berkata, pengiktirafan BeSS adalah inisiatif penting dalam mengarusperdanakan budaya kebersihan dan keselamatan di premis makanan di seluruh negara sebagai memenuhi keperluan Akta Makanan 1983 (Akta 281).
Iklan
Lukanisman berkata, pelaksanaan BeSS bukan sahaja memperkasakan pemilik premis untuk menampilkan tahap kebersihan yang cemerlang tetapi juga berupaya meningkatkan standard industri makanan ke tahap lebih tinggi.
Sejumlah enam notis kesalahan dikeluarkan di bawah Akta 281 di lokaliti BeBAs dan berkurangan sebanyak 97 peratus berbanding 203 sebelum BeBAs dilaksanakan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>