Dahulu, pistasio hanya dinikmati sebagai kudapan, namun kini kacang daripada keluarga Anacardiaceae itu 'meledak' popularitinya dan muncul sebagai 'bintang baharu' dalam dunia kulinari tempatan.
Tidak lagi sekadar hiasan pada kek atau aiskrim, pistasio kini turut diangkat sebagai perasa utama dalam pelbagai hidangan dan minuman, termasuk latte, sehingga mencetuskan fenomena baharu yang memikat selera orang ramai.
Berbeza dengan kacang tanah atau badam yang berperisa lebih neutral, Pensyarah Kanan Seni Kulinari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hairi Jalis menjelaskan bahawa pistasio - yang turut dikenali sebagai 'kacang cerdik' - mempunyai profil rasa yang lebih kompleks: sedikit manis, berlemak lembut dan 'nutty' dalam cara yang halus.
Kombinasi rasa dan tekstur yang unik ini menjadikan kacang yang berasal dari Timur Tengah itu tergolong dalam kategori premium, sekali gus sangat fleksibel untuk digunakan dalam pelbagai bentuk - daripada pes hinggalah ke krim pencuci mulut.