Tanaman Golden Melon Sweet Sea

Iklan
Guru Kanan Pentadbiran Maahad Tahfiz Al-Ahmad, Shrol Hisam Mahayudin memeriksa kualiti tanaman Golden Melon Sweet Sea yang diusahakan maahad tahfiz tersebut di Kampung Kassim baru-baru ini.

Bagi menjana dana menampung kos operasi,, Pengurusan Maahad Tahfiz disini memanfaatkan peluang keemasan dalam bidang pertanian dengan mengusahakan tanaman Golden Melon Sweet Sea.

Maahad tahfiz yang menempatkan lebih 40 pelajar asnaf secara percuma itu mula menanam 1,000 pokok melon pada 2023 yang diusahakan guru dan pelajar, dengan buah-buahan itu dijual kepada penduduk tempatan dan menerusi TikTok.