PM hadir Rumah Terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Iklan
Anwar menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI sempena lawatan kerja sehari ke Kuching. Gambar fail Bernama
KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI di sini, dalam lawatan kerja sehari beliau di Kuching.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 1.40 tengah hari bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan meluangkan masa selama setengah jam pada majlis tersebut.
Iklan
Iklan
Beliau sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir sebelum beredar.
Terdahulu pagi tadi Anwar bersama Abang Johari dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri Mesyuarat Khas dan Taklimat Pembangunan Sarawak selama kira-kira sejam di Wisma Bapa Malaysia, sebelum ke Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 12 tengah hari untuk turut sama memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI.
Iklan
Lebih 10,000 orang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Sarawak itu yang dianjurkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri.
Perdana Menteri dijadualkan berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas pada 3.30 petang ini. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>