KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menghadiri Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Bapa Malaysia sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kuching.
Sebaik tiba di sini Perdana Menteri terus dibawa ke Wisma Bapa untuk menghadiri mesyuarat berkenaan bersama dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, serta anggota Kabinet Negeri.