Padah miliki tangguk tunda
Iklan
Keenam-enam tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam untuk didakwa kerana memiliki peralatan menangkap ikan yang dilarang.
KUALA TERENGGANU - Enam nelayan warga Vietnam didenda RM800,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana memiliki peralatan menangkap ikan yang dilarang iaitu jenis tangguk tunda pada Februari lalu.
Keputusan dibuat selepas kesemua nelayan berusia antara 25 hingga 48 tahun itu mengaku bersalah mengikut Seksyen 26(1)(b) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang dibaca bersama Seksyen 24(1) akta yang sama.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa membawa alat yang dilarang iaitu tangguk tunda semasa menangkap ikan di atas sebuah vesel penangkapan ikan asing tiada nombor pendaftaran.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ketika berada lebih kurang 56.2 batu nautika dari muara Kuala Terengganu di sini kira-kira jam 9.59 pagi pada 16 Februari lalu.
Iklan
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(a) dibaca bersama Seksyen 52(1)(a)(¡) dan Seksyen 52(1)(a)(¡¡) Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM400,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan terhadap tekong, To Hien Dei, 48, manakala lima lagi awak-awak masing-masing dikenakan denda RM80,000 atau enam bulan penjara.
Iklan
Selain itu, mahkamah juga mengarahkan kesemua aset dilucut hak kepada kerajaan Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ibu Pejabat Wilayah Maritim Timur APMM Mohamad Afiq Taqiudin Roslan di hadapan Hakim Nooriah Othman manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berdasarkan fakta kes, vesel dinaiki kesemua tertuduh ditahan bot Penggalang 45 sebelum pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan turut ditemukan peralatan tangguk tunda digunakan untuk menangkap gamat di kawasan berkenaan.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal