Kebangkitan epik MU, Zirkzee sindir penyokong pulang awal

Iklan
Zirkzee, yang menamatkan musim lebih awal akibat kecederaan hamstring memuat naik satu video di media sosial memaparkan sokongan padu penyokong yang kekal di Old Trafford.

PENYERANG Manchester United, Joshua Zirkzee, menyindir penyokong yang meninggalkan Stadium Old Trafford lebih awal ketika pasukannya ketinggalan kepada Lyon dalam aksi suku akhir Liga Europa awal pagi Jumaat.

Selepas Alexandre Lacazette menyumbat penalti pada minit ke-19 masa tambahan, Lyon mendahului 4-2 (agregat 6-4), menyebabkan ramai penyokong tuan rumah mula keluar stadium.

Iklan
Iklan

Begitupun, kebangkitan dramatik tiga gol dalam enam minit terakhir oleh Bruno Fernandes, Kobbie Mainoo dan Harry Maguire membawa kemenangan 5-4 (agregat 7-6).

Zirkzee, yang tidak beraksi akibat kecederaan hamstring, memuat naik video sorakan penyokong yang kekal di stadium, sambil menyindir mereka yang pulang awal:

Iklan

"Kepada semua penyokong yang tinggalkan stadium ketika kami ketinggalan, cuba dengar sorakan ini."

Aksi penuh dramatik itu dianggap antara kebangkitan terbaik dalam sejarah United, selepas United hampir disingkirkan oleh Lyon yang beraksi dengan 10 pemain di penghujung masa tambahan.

Iklan