Aston Villa kembali dengan barisan terbaik

Iklan
Villa Park sebelum ini menerima kunjungan PSG bagi aksi Liga Juara-Juara. Foto Agensi

PENGENDALI Aston Villa, Unai Emery, mengesahkan hampir keseluruhan skuadnya cergas menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United di Villa Park, Sabtu ini.

Antara yang kembali ialah bintang sayap, Leon Bailey, dan pemain tengah, Ross Barkley, yang masing-masing pulih daripada kecederaan dan sudah kembali beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang PSG.

Iklan
Iklan

Turut kembali menyertai skuad utama ialah Andrés García dan Donyell Malen, yang sebelum ini tidak didaftarkan untuk saingan Eropah.

"Berita baiknya, kami berjaya mendapatkan kembali ramai pemain. Semuanya sedia untuk diturunkan esok, namun kami akan menilai tahap kecergasan mereka pada sesi latihan terakhir,” kata Emery.

Iklan



LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (19 APRIL)

Iklan

Brentford lwn Brighton, 10 malam

West Ham United lwn Southampton, 10 malam

Everton lwn Manchester City, 10 malam

Crystal Palace lwn Bournemouth, 10 malam

AHAD (20 APRIL)

Aston Villa lwn Newcastle United, 12.30 tengah malam

Ipswich Town lwn Arsenal, 9 malam

Manchester United lwn Wolverhampton, 9 malam

Fulham lwn Chelsea, 9 malam

Leicester City lwn Liverpool, 11.30 malam

SELASA (22 APRIL)

Tottenham Hotspur lwn Nottingham Forest, 3 pagi