Guru tuisyen rugi hampir RM1juta ditipu 'phone scam'

Iklan
Guru wanita itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon tidak dikenali pada 11 April lalu. Foto hiasan

GEORGE TOWN - Seorang guru tuisyen mengalami kerugian hampir RM1 juta ringgit apabila ditipu sindiket 'phone scam' pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, guru wanita berusia 48 tahun itu mengalami kerugian sebanyak RM919,990 selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon tidak dikenali pada jam 11.57 pagi, 11 April lalu.

Iklan
Iklan

"Mangsa menerima SMS memaklumkan mengenai penggunaan kad bank milik mangsa. Seterusnya mangsa dikehendaki membuat pindahan wang daripada akaun peribadi ke dalam akaun syarikat milik mangsa bagi tujuan siasatan.

"Mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM800,000 ke akaun syarikatnya antara 11 hingga 14 April namun telah menyerahkan nombor one time password (OTP) kepada suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah Abdul Rozak, mangsa kemudiannya telah membuat semakan ke atas akaun syarikatnya pada jam 8 malam, hari sama namun terkejut apabila berlaku 32 transaksi wang secara dalam talian ke beberapa akaun bank berbeza melibatkan jumlah RM919,990.

"Mangsa menafikan telah membuat transaksi tersebut dan mengesyaki dirinya telah ditipu. Dia kemudiannya membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Selasa lalu.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Abdul Rozak turut menasihatkan orang ramai agar tidak berasa takut dan panik sekiranya menerima sebarang panggilan telefon dari mana-mana individu yang tidak dikenali.

"Segera tamatkan panggilan telefon dan buat semakan dengan pihak berkuasa melalui portal semakmule (https://semakmule.rmp.gov.my) atau tampil ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

"Setiap individu dalam masyarakat perlu memainkan peranan selaku penyebar mesej kesedaran jenayah komersil agar kita dapat membentuk satu komuniti yang selamat dan terhindar daripada menjadi mangsa 'scammer'," katanya.