Bengkel jentera berat, kereta musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di bengkel berkenaan.

GUA MUSANG- Kebakaran di sebuah bengkel membaiki jentera berat di kawasan perindustrian di sini sekitar jam 10 pagi pada Jumaat telah memusnahkan hampir keseluruhan premis berkenaan termasuk sebuah kereta jenis KIA Spectra.

Saksi kejadian yang juga kerani stor syarikat bersebelahan, Vani Letchumanan berkata, kejadian dimaklumkan oleh rakan sekerjanya melalui panggilan telefon ketika dirinya berada di bandar Gua Musang untuk makan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakan sekerjanya itu memberitahu melihat api di bahagian tepi bengkel berkenaan.

Pendawaian elektrik turut hangus dalam kebakaran berkenaan.

Iklan

"Tanpa berlengah lagi saya terus hubungi bomba dan bergegas pulang ke pejabat.

"Tiba di sana, saya nampak api marak membakar sebuah kereta di bengkel ini dan berlari masuk ke pejabat sendiri untuk menyelamatkan dokumen penting,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Bagaimanapun dia bersyukur kerana api tidak merebak ke pejabatnya.

Sementara itu, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Razani Mamat berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang tiba di lokasi kejadian pada jam 10.15 pagi, tujuh minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, operasi melibatkan sembilan anggota bersama jentera pemadam api.

Sisa kebakaran bengkel berkenaan.

"Kebakaran melibatkan bengkel bersaiz kira-kira 14 meter persegi dan sebuah kereta jenis KIA Spectra terbabit.

"Bengkel mengalami kemusnahan 80 peratus manakala kereta musnah 90 peratus,” ujarnya.

Kata beliau, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.23 pagi.