Dua lelaki leka proses air ketum di rumah teres dua tingkat ditahan
Iklan
Polis menahan dua lelaki berusia 40 dan 42 tahun yang sedang leka memasak air ketum. Gambar hiasan
BALIK PULAU - Kegiatan memproses air ketum di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Kelicap di sini, terbongkar selepas diserbu polis petang tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam serbuan pada 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 40 dan 42 tahun yang sedang leka memasak air ketum.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas dua tong berisi 600 bungkus air ketum dan 15 bungkusan daun ketum seberat 75 kilogram (kg) bernilai RM3,400 selain satu periuk berisi air ketum yang sedang diproses.
"Siasatan awal mendapati rumah itu disewa sejak enam bulan lepas dengan menjadikannya tempat memproses air ketum manakala kedua-dua lelaki itu tidak bekerja dan disyaki menjadikan aktiviti memproses serta menjual air ketum sebagai kerja sepenuh masa.
Iklan
"Polis percaya terdapat pembabitan individu lain yang menjadi dalang kegiatan ini," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.
Sazalee berkata, sebungkus air ketum dijual pada harga RM5 dan sindiket mampu meraih keuntungan RM6,000 sebulan dengan pasarannya adalah di sekitar Daerah Barat Daya.
Iklan
Seorang daripada lelaki itu memiliki dua rekod lampau berkaitan ketum dan kedua-duanya kini disiasat mengikut Akta Racun 1952. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>