Penoreh getah menjala ikan dikhuatiri lemas di Jeram Besu

Iklan
Mat Salleh disedari tiada di rumah oleh anak bongsunya pada Selasa. Foto ihsan PDRM

RAUB - Seorang penoreh getah dikhuatiri lemas di pusat rekreasi Jeram Besu di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa iaitu Mat Salleh Junoh, 63, dilaporkan hilang dari rumah selepas anak bongsunya berusia 18 tahun yang terbangun dari tidur menyedari ketiadaan warga emas tersebut di Perumahan Tat Sega kira-kira jam 7.20 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, warga emas itu disyaki menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza kerana kenderaan tersebut tiada di rumah.

"Semasa keluar dari rumah, ayah pengadu juga tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri.

Pencarian di susur sungai dibuat bermula lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi. Foto PDRM Foto ihsan PDRM

Iklan

"Pengadu mencari ayahnya di sekeliling kawasan pusat rekreasi itu tetapi tidak menjumpai jejak ayahnya dan kemudian datang membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam pada Rabu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Usaha pencarian warga emas di pusat rekreasi terbabit. Foto ihsan PDRM

Ujarnya, hasil siasatan, polis merakam keterangan saksi yang melihat warga emas itu sedang menjala ikan di pusat rekreasi tersebut.

Iklan

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan pada Khamis membabitkan dua pegawai dan 49 anggota terdiri polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pertubuhan bukan kerajaan(NGO) serta penduduk kampung.

"Kita telah membuat pencarian di susur sungai bermula lokasi terakhir mangsa dilihat oleh saksi sejauh 3.5 kilometer (km) dan masih gagal dijumpai setakat jam 3 petang ini," jelasnya lagi.