37 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu JIM Utara

Iklan
Nur Zulfa (kanan) memeriksa dokumen pengenalan diri warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah medan selera di Jalan Burma, pada Khamis.

GEORGE TOWN - Seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di sebuah medan selera di Jalan Burma di sini pada Khamis.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, serbuan dilakukan menerusi Ops Bersepadu JIM Zon Utara melibatkan JIM Pulau Pinang, Perak dan Kedah itu menahan warga asing berusia 21 hingga 48 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mereka ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Seramai 31 lelaki dan wanita Myanmar ditahan dan diikuti dua lelaki Bangladesh, dua lelaki Vietnam manakala masing-masing seorang warga Pakistan serta Indonesia.

Iklan

"Selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, kesemua warga asing cuba meloloskan diri namun usaha mereka hanya sia-sia kerana kawasan medan selera itu terlebih dahulu dikepung oleh pasukan serbuan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi di sini.

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu JIM Utara, pasa Khamis.

Nur Zulfa berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan terhadap majikan yang menggajikan warga asing tanpa mengikut saluran yang sah di medan selera terbabit.

Iklan

Jelasnya, tidakan tidak bertanggungjawab majikan yang menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah dianggap melakukan kesalahan serius yang boleh dihukum denda dan penjara.

"Kita memberi peringatan kepada majikan supaya menitikberatkan isu terbabit dan tidak sesekali menggajikan pekerja asing tanpa mendapat permit kerja yang sah.

"Pemantauan dan operasi akan terus dilakukan dari masa ke masa dalam usaha membanteras pekerja asing tanpa izin di negeri ini," tambahnya.