Ops Pagar Laut catat rampasan lebih RM4.8 juta - Maritim Malaysia

Iklan
Maritim Malaysia menghasilkan rampasan bernilai lebih RM4.8 juta sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025 di seluruh negara bermula 10 Mac hingga 18 April lepas. Foto fail

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menghasilkan rampasan bernilai lebih RM4.8 juta sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025 di seluruh negara bermula 10 Mac hingga 18 April lepas.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, rampasan terbesar sepanjang tempoh operasi itu membabitkan dua bot nelayan asing yang bernilai RM3 juta.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 312 individu orang yang disyaki (OYDS) dengan 13 warganegara asing terdiri daripada Myanmar, Indonesia, China, Iran, Bangladesh, Vietnam dan lain-lain telah ditahan sepanjang operasi itu,” katanya pada sidang media selepas menutup Ops Pagar Laut di sini pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan tangkapan dilakukan, kesalahan tertinggi melibatkan Akta Perikanan 1985 dengan 44 kes, diikuti Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (26 kes) dan Akta Imigresen 1959/63 (16 kes).

Iklan

Mohd Rosli berkata, rampasan lain melibatkan rokok seludup bernilai RM958,000, benih udang kara dan ikan (RM500,490), bot dan enjin (RM222,290), kenderaan (RM70,500), barang kawalan (RM17,671.50), bubu naga/pukat pari (RM37,160) serta diesel/petrol (RM3,215).

"Kes tangkapan tertinggi ialah Johor dengan 22 kes, diikuti Sabah dan Wilayah Persekutuan (21) serta Sarawak (14).

Iklan

"Secara keseluruhan, jumlah kes tangkapan operasi kali ini menurun kesan pencegahan awal hasil pemantauan berterusan serta kerjasama masyarakat dan komuniti maritim,” katanya.

Mohd Rosli turut merakamkan penghargaan kepada 800 pegawai dan anggota APMM yang digerakkan secara bergilir sepanjang tempoh operasi siang dan malam tanpa henti. - Bernama