Kelantan negeri pertama di Pantai Timur terima bas elektrik
Iklan
Che Ibrahim Che Ismail.
KOTA BHARU - Kelantan menjadi negeri pertama di Pantai Timur menerima lapan bas elektrik bernilai RM1.4 juta sebuah untuk perkhidmatan henti-henti yang akan memulakan operasi secara rasminya pada 1 Julai ini.
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, perkhidmatan yang dikenali sebagai Bas.My Kota Bharu itu menawarkan empat laluan di sekitar bandar ini.
Iklan
Iklan
"Laluan itu ialah Kota Bharu-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra-Sabak, Kota Bharu-Panchor-Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Pengkalan Chepa, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) di Hotel Perdana di sini pada Rabu.
Menurut beliau, kadar tambang yang dikenakan oleh bas elektrik sama dengan perkhidmat sedia dan semua itu telah ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Iklan
Ujarnya, bas tersebut menawarkan perkhidmatan percuma kepada pelajar sekolah, pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).
Che Ibrahim berkata, bagaimanapun mereka perlu berdaftar dengan E-Mutiara sebanyak RM10 untuk menikmati kemudahan itu seumur hidup.
Iklan
"Bagi pelajar sekolah penggunaan itu hanya terpakai semasa hari persekolahan sahaja dan mereka perlu memakai pakaian seragam. Untuk pelajar institut pengajian tinggi mereka perlu menunjukkan kad matrik.
"Bagi OKU dan warga emas mereka perlu menunjukkan kad pengenalan atau kad pengesahan," katanya.
Che Ibrahim memberitahu, perkhidmatan bas elektrik itu menggalakkan penggunaan tanpa tunai.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>