Pahang perlu segera selesaikan masalah tanah pekebun Cameron Highlands
Iklan
Sim Tze Tzin
TANAH RATA - Kerajaan Pahang digesa menyelesaikan segera kemelut pemilikan tanah yang dihadapi sebahagian besar pekebun sayur di Cameron Highlands yang sudah berlarutan sejak sekian lama.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata kira-kira 80 peratus daripada lebih 2,000 pekebun mengusahakan pertanian di atas tanah berstatus tanah pendudukan sementara (TOL) yang memerlukan mereka memohon pembaharuan lesen setiap tahun.
Iklan
Iklan
"Nasib petani ini tidak boleh diduga, mereka tidak tahu sama ada lesen TOL akan diperbaharui atau tidak. Jadi kekangan sebegini membantutkan kemajuan pertanian sama ada untuk melabur membeli peralatan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti mahupun mengakibatkan penghijrahan golongan muda ke bandar besar bagi peluang pekerjaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, Sim mendesak kerajaan negeri Pahang tampil menjawab isu tersebut selain menimbang kaedah lain termasuk memanjangkan tempoh pajakan tanah.
Iklan
"Kita sudah bawa isu ini banyak kali namun tiada hasil setakat ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pekebun Sayuran Cameron Highlands Chay Ee Mong berkata pihaknya telah menghantar surat rayuan kepada kerajaan negeri Pahang pada 11 Januari lalu meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut .
Iklan
"Diharap tanah TOL dapat diberikan pajakan 30 tahun mengikut keperluan pemilik supaya tanah boleh dicagar untuk pinjaman,” katanya menambah caj penggunaan air untuk pertanian juga telah meningkat dan membebankan para petani.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>