Rumah, empat motosikal terbakar

Iklan
Keadaan salah sebuah motosikal yang terkesan akibat kebakaran tersebut. - Foto BBP Pontian Baru

PONTIAN – Sebuah rumah dan dua motosikal hampir musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Chengkih, Kukup, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Mohd Nazri Ahmad Shahidon dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan pada jam 4.27 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu pasukan bomba melibatkan dua jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), satu unit jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan satu jentera tangki aor 20K dengan 15 anggota telah dihantar ke lokasi.

"Setibanya ke lokasi pada jam 4.55 pagi, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50 x 40 kaki di mana 90 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut musnah dalam kebakaran.

Iklan

"Selain itu, kebakaran tersebut turut memusnahkan 10 peratus daripada rumah jenis separuh kekal dan berkeluasan 10 x 10 bersebelasan rumah pertama tadi.

"Selain itu kesan bahang daripada kebakaran itu telah memberikan kesan terhadap empat motosikal melibatkan jenis Yamaha 125Z dan Honda Wave yang musnah sebanyak 90 peratus serta dua motosikal jenis Honda Wave yang musnah 20 peratus dalam kebakaran yang berlaku,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihak bomba kemudiannya bertindak melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki, satu breeching dan dua pancutan sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi terkawal pada jam 5.10 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.28 pagi.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.