ADUN Klawang sertai misi tawan Gunung Kilimanjaro September ini

Iklan
Usia tidak menjadi penghalang Bakri aktif dalam aktiviti pendakian.

JELEBU - Usia bukan penghalang buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Bakri Sawir untuk menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kilimanjaro pada September ini.

Kejayaan melakukan pendakian ke Kem Induk Everest (EBC) dan Puncak Lobuche Timur pada 2019 menjadi pembakar semangat buat Bakri untuk sampai ke puncak gunung tertinggi di benua Afrika di Tanzania.

Iklan
Iklan

Bakri, 66, berkata, ekspedisi Gunung Kilimanjaro itu telah dirancang sejak tahun lalu bersama rakan pendaki termasuk Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan berharap ia akan menjadi kenyataan.

"Insya-ALLAH, sekiranya berjalan lancar saya bersama rakan lain akan berlepas ke Tanzania pada 12 September.

Iklan

"Ketika ini ada 18 pendaki yang mahu menyertai ekspedisi pendakian gunung yang mempunyai ketinggian 5,895 meter dari aras laut," katanya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Jelebu. baru-baru ini.

Bakri (tiga dari kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri baru-baru ini.

Katanya, usia tidak menjadi penghalang buatnya untuk meneruskan hobi mendaki untuk kekal sihat dan berharap perancangan ekspedisi itu dipermudahkan serta mencapai sasaran sampai ke puncak.

Iklan

Beliau memaklumkan sudah membuat persiapan secukupnya bagi memantapkan stamina termasuk bakal menyertai Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2025 membabitkan pendakian bukit dan gunung di tujuh daerah bermula 19 April ini.

"Selain itu saya merancang untuk mendaki Gunung Tahan buat kali ketiga bersama satu kumpulan pendaki akan melalui laluan Kuala Tahan-Kuala Tahan (K2K) yang tiga kali lebih mencabar berbanding laluan Merapoh-Merapoh (M2M).

"Menjadi cita-cita saya mahu melakukan pendakian di tujuh gunung tertinggi di tujuh benua sekiranya ada rezeki berbuat demikian," katanya.