PRK Ayer Kuning: Tindakan PN guna gambar tanpa izin tidak profesional - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan tindakan Perikatan Nasional (PN) menggunakan gambar seorang ahli UMNO dalam bahan kempen tanpa kebenaran sebagai cubaan mengelirukan rakyat.

Menteri Besar Pahang itu berkata, ia juga bukti jelas pembangkang tidak profesional selain mencerminkan kegagalan mereka untuk mengetengahkan idea dan perancangan sendiri bagi memenangi hati pengundi.

Iklan
Iklan

"Belum dipilih lagi sudah cuba mengelirukan rakyat menggunakan cara yang jelas bertentangan dengan peraturan-peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Simpang Tiga bersama calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir di sini pada Selasa.

Beliau berkata, setiap penggunaan gambar, nama dan lambang berkaitan mana-mana individu atau parti sepatutnya mendapat kebenaran terlebih dahulu selaras dengan etika serta peraturan kempen pilihan raya.

Iklan

Jurucakap polis Perak bagi PRK DUN Ayer Kuning, Senior Asisten Komisioner (SAC) Zaharudin Rasip pula memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 42 tahun yang mendakwa gambar suaminya bersama calon PN dicetak menjadi poster tanpa kebenaran dan digunakan dalam kempen.

PRK DUN Ayer Kuning, yang diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Februari lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, Abd Muhaimin dan calon PSM Bawani KS.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 April sebagai hari mengundi bagi PRK itu manakala pengundian awal pada 22 April ini. - Bernama