'Pemergian Pak Lah dirasai rakyat kerana jasa, baktinya' - Tok Mat
Iklan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, selepas menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara malam ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara kerana jasa dan sumbangannya terhadap tanah air.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin berjiwa besar dan bersemangat tinggi dalam membawa perubahan kepada rakyat serta negara.
Iklan
Iklan
"Walaupun di saat akhir kehidupan Allahyarham tidak beberapa sihat tetapi pemergiannya akan dirasai seluruh rakyat Malaysia di atas jasa dan khidmat bakti beliau.
"Kita mengucapkan terima kasih dan diminta semua berdoa bersama-sama agar roh Allahyarham Tun Abdullah ditempatkan di kalangan orang-orang soleh, insya-ALLAH," katanya kepada petugas media di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin.
Iklan
Allahyarham Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah meninggal dunia di usia 85 tahun pada Isnin jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga menantunya menerusi hantaran Instagram milik beliau pada Isnin.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>