Kes culik remaja: Enam termasuk tiga wanita direman

Iklan
Enam individu termasuk tiga wanita direman 14 hari bagi membantu siasatan kes culik seorang remaja perempuan di Seremban.

SEREMBAN - Enam individu termasuk tiga wanita yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan kes culik seorang remaja perempuan di daerah ini 10 April lepas direman 14 hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua suspek berusia 20 hingga 31 tahun itu direman bermula 14 April hingga 27 April.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan kes berkenaan kerana diambil alih Bukit Aman.

Terdahulu kesemua suspek dibawa menaiki van polis ke Mahkamah Majistret di sini bagi permohonan reman kira-kira jam 5.20 petang.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu telah ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang awal pagi Isnin.

Suspek berusia 21 tahun sebelum itu dikatakan cuba meloloskan diri ketika ditahan dan memandu secara melawan arus serta melanggar kenderaan polis.

Iklan

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek dipercayai menculik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Seremban Khamis lalu dan meminta wang tebusan berjumlah RM2 juta.

"Pada Jumaat jam 8.30 malam, mangsa telah dibebaskan oleh suspek di Nusari Bayu Sendayan, Seremban 2.

"Pihak polis berjaya mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira di Jalan Bayu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada Isnin jam 4.15 pagi," katanya.