KUANTAN – [DIKEMAS KINI] Polis Raub mengesahkan telah menerima 22 laporan berkaitan operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian di Sungai Ruan setakat ini.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, laporan tersebut dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan.
Iklan
Iklan
"Kesemua laporan ini dibuat sebagai sokongan kepada tindakan penguatkuasa dalam menjalankan tugas dalam operasi terhadap kebun durian haram Musang King di Sungai Ruan.
"Jadi, mungkin ada lagi laporan lain yang akan menyusul selepas ini," katanya pada Isnin.
Mohd Shahril mengingatkan orang ramai supaya memastikan keamanan negeri dan negara dengan bertindak mengikut undang-undang.
"Jangan ambil tindakan sendiri dan mengganggu keharmonian dalam kalangan masyarakat.
"Malah, semua pihak juga tidak seharusnya menyentuh isu 3R – raja, agama, dan kaum, serta jangan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman," katanya.