KKM sahkan bekas menteri, timbalan negatif Covid-19

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123rf

PUTRAJAYA - Bekas menteri dan timbalannya yang sebelum ini dikhuatiri dijangkiti wabak Covid-19, disahkan negatif.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter KKM sebentar tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil ujian makmal dilakukan di Hospital Sungai Buloh mendapati kedua-duanya adalah negatif.

"Susulan dua individu kenamaan yang dikaitkan dengan pesakit, kes ke-26, hasil ujian makmal negatif," katanya.

Iklan

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut selepas dikaitkan dengan seorang ahli Lembaga Pengarah UDA Holding yang positif wabak berkenaan Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif: UDA Holdings

Iklan

'Saya sihat, alhamdulillah', kata bekas menteri