IPOH - Hujan lebat berserta angin kencang yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama petang tadi menyebabkan puluhan rumah mengalami kerosakan.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, Jalan Pengkalan Cemerlang, Pengkalan Air dan Batu 2 1/2.