MOSCOW - Seorang remaja di Amerika Syarikat (AS) disyaki membunuh ibu bapanya sebagai persediaan untuk melancarkan cubaan membunuh Presiden AS, Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik saluran ABC.
Remaja dari Wisconsin itu didakwa membunuh ibu bapanya bagi memperoleh sumber kewangan dan kebebasan untuk melaksanakan rancangan membunuh Trump dan menggulingkan kerajaan AS, menurut laporan saluran tersebut.