Bekas Presiden Korea Selatan dibicarakan pada Isnin atas tuduhan memberontak

Iklan
Suk Yeol akan dibicarakan atas tuduhan mengetuai pemberontakan, berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Foto AFP

SEOUL - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan dibicarakan pada Isnin atas pertuduhan mengetuai pemberontakan, hanya 10 hari selepas dilucutkan jawatan ekoran pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember lalu.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul dijangka memulakan prosiding pada 10 pagi waktu tempatan esok, manakala Yoon sebagai tertuduh diwajibkan hadir ke mahkamah, lapor agensi berita Yonhap.

Iklan
Iklan

Yoon merupakan bekas presiden kelima Korea Selatan yang dibicarakan dalam kes jenayah.

Sekiranya disabitkan bersalah atas tuduhan mengetuai pemberontakan, Yoon boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati. - Bernama-Yonhap

Iklan
Iklan