ANKARA - Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada Ahad, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter, lapor Anadolu Ajansi (AA).