Pengundi Ayer Kuning perlu buat pilihan bijak - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan

PONTIAN - Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning perlu membuat pilihan bijak dengan memilih calon daripada parti kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung pada 26 April ini.

Ketua Sekteriat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengundi di kawasan tersebut hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada kekal bersama kerajaan negeri dan Persekutuan atau memilih pembangkang.

Iklan
Iklan

"Pilihan itu amat jelas. Kalau sokong Perikatan Nasional (PN), maka Ayer Kuning akan menjadi kawasan pembangkang... sedangkan selama ini kawasan ini adalah kawasan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

"Jadi, lebih baik kekal bersama kerajaan untuk memastikan pelbagai manfaat terus dapat disalurkan kepada rakyat di sini,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian di sini pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan seorang calon yang mempunyai latar belakang pendidikan dan agama yang kukuh iaitu Dr Mohamad Yusri Bakir.

"Calon kita ini seorang ustaz, bekas guru, pensyarah dan pernah menjadi ketua jabatan. Kini, beliau Ketua UMNO Bahagian dan sebelum ini juga pernah menjadi Ketua Penerangan Bahagian.

Iklan

"Beliau calon terbaik hasil tapisan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Menurut beliau, enam nama telah dicadangkan dan hanya Muhammad Yusri dipilih sebagai yang paling layak untuk membawa suara rakyat Ayer Kuning ke peringkat lebih tinggi.

Tambah Ahmad, harapan pihaknya adalah agar rakyat di DUN Ayer Kuning membuat pilihan tepat dengan memilih calon nombor satu bagi memastikan kawasan itu kekal sebagai kawasan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Pilihan amat mudah. Kalau kita tanya semasa ceramah, saya sendiri sudah sembilan kali ke sana... mereka tentu akan menjawab ingin menjadi kawasan kerajaan. Jadi, pilihlah calon nombor satu,” katanya.