SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, diumumkan sebagai pemenang jawatan Ketua Cabang Keadilan Ampang dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Beliau lebih mesra dengan nama Altimet memperoleh 1,926 undi, menewaskan dua pencabarnya, Mohd Kamri Kamaruddin, yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (1,637 undi), dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang menerima 236 undi.