Pemilihan PKR: Keputusan peringkat cabang Selangor, Melaka, Perlis tengah hari ini
Iklan
Notis yang dikeluarkan JPP di laman Facebooknya
SHAH ALAM – Keputusan rasmi bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 di peringkat cabang negeri Selangor, termasuk Melaka dan Perlis, kini sedang melalui proses pengauditan teliti oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
Menurut notis yang dikeluarkan JPP pada Ahad, keputusan penuh hanya akan diumumkan dan dimuat naik di laman sesawang rasmi, pemilihan.keadilanrakyat.org, pada Ahad, 13 April 2025 jam 12 tengah hari.
Iklan
Iklan
Selangor yang merupakan negeri terpenting dalam struktur organisasi parti dan mempunyai jumlah keahlian tertinggi dijangka menjadi tumpuan utama dalam pemilihan kali ini.
Pemilihan di cabang-cabang negeri itu turut dilihat sebagai gambaran awal terhadap sokongan akar umbi kepada barisan kepimpinan yang bertanding.
Iklan
Sementara itu, undian semula bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Kedah turut sedang diaudit dan keputusan rasmi akan diumumkan serentak bersama negeri-negeri lain.
JPP dalam kenyataan mengingatkan ahli serta penyokong parti agar bersabar dan menantikan pengumuman rasmi, serta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi sebelum keputusan dimuktamadkan.
Iklan
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan proses pemilihan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada jpp@keadilanrakyat.org.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Baharu hari kelima kempen, Farzana sudah masuk gear lima"><meta itemprop="description" content="Belum pun memasuki separuh tempoh berkempen, calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir sudah masuk gear lima dengan menggerakkan jentera secara agresif dalam usaha mendekati pengundi di kawasan itu.
Farzana, 26, yang mesra disapa Nana berkata, sekitar 30 ke 40 peratus kawasan itu sudah dikunjunginya sejak kempen rasmi bermula melalui turun padang dengan mengunjungi kawasan perumahan dan kampung bertemu penduduk dengan menaiki motosikal.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803189/berita/politik/prn-melaka-baharu-hari-kelima-kempen-farzana-sudah-masuk-gear-lima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #calonDunKlebang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-04T04:11:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P236S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbtdsnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbtdsnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbtdsnu"></script>