JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia berdepan detik cemas apabila rahangnya terkunci dan gagal ditutup semula selepas menguap terlalu kuat akibat keletihan bermain permainan video sehingga lewat malam.
Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku apabila lelaki tersebut menguap dengan mulut ternganga luas dan secara tiba-tiba tidak dapat menutupnya kembali. Panik dengan keadaan itu, dia segera dibawa ke sebuah klinik gigi oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan kecemasan.