UMNO Kedah tuntut janji dua tahun lalu

Iklan
Shaiful Hazizy menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Merbok, pada Sabtu.

SUNGAI PETANI - UMNO Kedah menuntut Kerajaan Perpaduan menunaikan janji melantik wakil parti itu sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah, seperti yang dijanjikan dua tahun lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, jawatan itu penting bagi memastikan penyelarasan pembangunan yang lebih baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, selain membolehkan UMNO memainkan peranan secara langsung dalam perancangan pembangunan negeri.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Shaiful Hazizy yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, kegagalan menunaikan janji tersebut boleh menjejaskan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, terutama menjelang pilihan raya akan datang.

Iklan

"UMNO perlu tahu strategi dan perancangan kerajaan bagi memastikan kekuatan jentera dan penyelarasan kerja di peringkat akar umbi. Soal keikhlasan dalam kerjasama ini penting.

"UMNO sedia beri komitmen penuh kepada agenda Kerajaan Perpaduan, tetapi janji mesti ditunaikan. Kalau janji sejak dua tahun lalu pun belum ditunaikan, bagaimana kita mahu bergerak bersama?” soalnya.

Iklan

Tambah beliau, perkara itu perlu diselesaikan segera sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mahu mencabar kedudukan dan populariti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada pilihan raya akan datang.

"Kalau nak lihat PH-BN mencabar ketuanan dan pengaruh Sanusi, kita perlu selesai isu ini terlebih dahulu,” tegasnya.