PRK Ayer Kuning: Jentera BN diingatkan tidak pandang rendah saingan lawan
Iklan
Mohamad (tengah) menjawab pertanyaan wartawan semasa sidang media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar di Rantau pada Sabtu. Foto Bernama
REMBAU - Barisan Nasional (BN) mengingatkan jentera parti berkenaan supaya tidak memandang rendah keupayaan calon parti lawan bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera parti itu perlu bekerja keras bagi menyantuni seramai mungkin pengundi di DUN berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kita tak boleh memandang rendah walaupun atas kertas mungkin BN menang, tetapi kita masih perlu bekerja keras dan menyusun gerak kerja jentera parti,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad memohon maaf kerana tidak dapat bersama kepimpinan parti pada hari penamaan calon PRK Ayer Kuning hari ini susulan penganjuran rumah terbuka berkenaan.
Iklan
PRK DUN itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, akibat serangan jantung pada 22 Februari lepas.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan pengundian awal pada 22 April. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>