JAKARTA – Pembeli telefon pintar di Indonesia kembali ceria selepas model terbaharu Apple, iPhone 16, mula dijual di pasaran tempatan pada Jumaat, susulan penamatan larangan penjualan oleh kerajaan negara itu sejak Oktober lalu.
Larangan sebelum ini dikenakan kerana Apple didapati gagal memenuhi syarat peraturan tempatan yang mewajibkan sekurang-kurangnya 40 peratus komponen peranti dibuat daripada bahagian tempatan.