Penunggang motosikal maut bertembung treler

Iklan
Keadaan motosikal mangsa kemalangan di KM37 Gua Musang-Kuala Krai pada Sabtu.

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer (KM) 37 Gua Musang- Kuala Krai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 pagi ketika penunggang motosikal berusia 38 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, bagaimanapun mangsa tiba-tiba memasuki laluan treler yang datang dari arah bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan berat itu.

"Penunggang motosikal itu dipercayai menunggang dengan kelajuan tinggi dan menoleh ke belakang sebelum berlaku pelanggaran," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Jelas beliau, kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi akibat parah di beberapa bahagian badan.

Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan boleh menghubungi Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-91212222.