KLUANG - Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, di sini, pada petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, tangkapan terhadap dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun itu dilakukan di Jalan Sekolah, Kluang pada kira-kira jam 4 petang Jumaat susulan penularan video kejadian berkenaan di media sosial.