BEIJING - Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat bahawa negara itu telah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.
AS pada Khamis mengumumkan kenaikan lanjut apa yang digelar sebagai 'tarif timbal balik' ke atas barangan keluaran China.