Tiga lelaki curi motosikal dicekup

Iklan
Motosikal yang dirampas masa operasi Lejang pada Isnin.

JASIN – Tiga lelaki yang aktif melakukan jenayah curi motosikal dicekup polis dalam satu operasi khas Op Lejang di sekitar Jasin dan Melaka Tengah.

Tangkapan itu dibuat selepas menerima laporan polis daripada seorang berhubung kejadian motosikal jenis 125ZR hilang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bemban telah menahan seorang lelaki berusia 30-an serta merampas sebuah motosikal pada hari sama.

"Hasil soal siasat membawa kepada dua lagi tangkapan pada 10 April di Taman Seri Duyong 2 dan PPR Tehel.

Iklan

"Ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, siasatan mendapati ketiga-tiga lelaki itu juga mempunyai rekod jenayah dan narkotik dengan suspek pertama terdapat enam rekod jenayah dan 17 rekod narkotik.

Iklan

"Suspek kedua pula 11 rekod jenayah dan empat rekod narkotik, manakala suspek ketiga mempunyai dua rekod jenayah serta lima rekod narkotik.

"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 14 April ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.