HOUSTON - Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas berhampiran Boca Raton Regional Airport di Florida, tenggara Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
"Pesawat jenis Cessna 310 terhempas kira-kira 10.20 pagi waktu tempatan pada Jumaat, 11 April, selepas berlepas dari Boca Raton Regional Airport, Florida. Tiga orang berada di dalam pesawat itu,” menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat. Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tallahassee.