JKNP tubuh jawatankuasa siasat pegawai perubatan tidak senonoh
Iklan
JKNP siasat tiga aduan terhadap pegawai perubatan dipercayai berkelakuan tidak senonoh.
KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan selepas menerima tiga aduan terhadap seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan itu pada Jumaat, tiga aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) pada 9 dan 10 April lalu.
Iklan
Iklan
"Pegawai yang diadu dipercayai telah berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam.
"Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Siasatan telah dilantik pada 10 April 2025 bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut. Siasatan kini sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.
Iklan
JKNP turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
"Pasukan siasatan boleh dihubungi di talian 09-570 7836 / 7835 / 7847 (Urus Setia Induk Aduan / Unit Sumber Manusia JKNP).
Iklan
"JKNP juga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut sehingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan,” tambah kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>