BEIJING - China akan menaikkan kadar tarif ke atas produk import dari Amerika Syarikat (AS) kepada 125 peratus berkuat kuasa Sabtu ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara China pada Jumaat, lapor Xinhua.
Langkah itu dibuat susulan tindakan AS yang sebelum ini menaikkan kadar tarif timbal balik ke atas barangan import dari China kepada 125 peratus.