RM500,000 diperlukan baik pulih maahad tahfiz 40 tahun

Iklan
Baik pulih Maahad Tahfiz Darul Azhar bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di pusat pengajian berkenaan.

SERDANG - Maahad Tahfiz Darul Azhar, Masjid Kompleks Pertanian Serdang di sini memerlukan dana berjumlah RM500,000 bagi membaik pulih bangunan sedia ada.

Pegawai Tadbirnya, Lizawaty Ismail berkata, bangunan yang berusia lebih 40 tahun itu perlu diberikan nafas baharu.

Iklan
Iklan

"Ia bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di pusat pengajian berkenaan.

"Hasrat kami untuk melahirkan lebih ramai generasi celik al-Quran pada masa hadapan," katanya.

Iklan

Menurut beliau, besar harapan pihak Maahad Tahfiz Darul Azhar supaya generasi yang diasuh di pusat berkenaan dapat menyebar luaskan bacaan kitab suci itu dengan baik mengikut tajwid dan tertib.

Katanya, hal ini kerana bacaan yang betul amat penting supaya ia tidak melanggar peraturan sebagaimana telah ditetapkan dalam Islam.

Iklan

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan atas nama Maahad Darul Azhar menerusi akaun Maybank bernombor 5625 2651 1235 atau boleh menghubungi Lizawaty di talian 014 7320 731.